Aneh !! Wanita Ini Tidak Pernah Keluar Dengan Lelaki, Namun Alangkah Terkejutnya Dia Telah Hamil 24 Minggu ! dan Ternyata yang Membuat Dia Hamil
Gadis 19 tahun ini bingung bagaimana boleh hamil sedangkan tidak pernah keluar sama lelaki.
Umur 19 tahun,
belajar di sebuah kolej separa kerajaan. Tidak ada boyfren, cuma pernah
keluar berkumpulan menyiapkan tugasan luar di kawasan berhampiran kolej.
TIAP BULAN DATANG H*I*D
Tiap bulan
datang haid. Hinggalah seorang kawan menegur perubahan fizikal dan
melaporkan kepada emak. Emak bertanya, dia cakap tidak ada apa apa yang
bersembunyi. Kakak berasa tidak senang hati, terus membawa pergi ke
klinik untuk menjalani pemeriksaan. Apabila imbasan ultra bunyi
dilakukan, terimbas janin berusia 24 minggu.
Gambar imbasan
itu amat mengejutkan mereka. Bagaimana boleh mengandung jika tidak
pernah melakukan hubungan badan dengan sesiapa pun. Berita ini telah
membuatkan gadis ini bingung. Keliru, celaru dan dilanda kemurungan.
Diam dan menangis tanpa suara.
Kesugulan dan
kemurungan membuatkan segala galanya terganggu. Tidak mahu makan dan
minum, menangis tanpa henti. Keluarga membuat keputusan menghantar ke
Baitus Solehah untuk pemulihan jiwa dan iman.
MENANGIS SETIAP KALI DISOAL
Tiba di Baitus
Solehah, rawatan untuk ibu mengandung diuruskan dalam masa yang sama
pengisian rohani untuk membangunkan jiwa yang kosong diusahakan. Segala
galanya disuap semula. Ibarat memimpin orang yang baru bangun dari koma.
Saya pun tak
boleh nak soal banyak banyak jika sepatah disoal dia sudah menangis
dahulu. Angguk dan banyak geleng. Walaupun sudah seminggu di sini, sudah
boleh sesuaikan diri dengan keadaan dan kawan kawan tetapi bila ditanya
soalan bagaimana boleh mengandung, dia akan jadi kebingungan semula.
Untuk membangunkan jiwa yang kosong, kita mesti mengisi dengan iman.
Mungkin
terpaksa dilupakan punca dia mengandung, sebaliknya bangunkan jiwanya
untuk menyayangi janin yang tumbuh di dalam rahimnya dengan khasiat iman
dan takwa. Merawat kedukaan dengan bacaan al quran. Itu saja yang boleh
membantu.
ADAKAH INI SIHIR ?
Kita melihat
kemaslahatan lebih utama dari mencari punca dengan terus bertanya akan
mendatang kemudaratan. Biarlah menjadi misteri kepada semua orang.
Tidak ada
sesiapa pun mendakwa adakah ini sihir, bunian, jin atau kejadian
paranormal. Kerana kita masih yakin segala yang berlaku atas kehendak
Allah, aib orang kita tutup, Allah tutup aib kita. Takde langsung
dakwaan pada diri dia dan dalam keluarga apakah kejadian ini disebabkan
oleh pukau, sihir atau makhluk asing. Dia memang tidak tahu dan tidak
ingat apa apa. Lost…
Solat tiang
agama, kita jaga solat dengan sempurna, Allah akan jaga kita dengan
sebaik baiknya. Daripada sebuk nak mengetahui rahsia dan punca baik kita
jaga akhlak dan iman kita agar tidak terpesong akidah disebabkan
percaya perkara benda benda yang diluar ilmu dan pengetahuan kita.
Admin,
Ummi Munaliza
Ummi Munaliza
Sumber Dari Pages Baitus Solehah
0 Response to "Aneh !! Wanita Ini Tidak Pernah Keluar Dengan Lelaki, Namun Alangkah Terkejutnya Dia Telah Hamil 24 Minggu ! dan Ternyata yang Membuat Dia Hamil"
Posting Komentar